Tuesday, August 2, 2011

严惩反贪会最高负责人 Pimpinan Tertinggi SPRM Mesti Dikena Tindakan

林连玉基金对赵明福案皇委会报告以赵明福“被自杀”为结论深感遗憾。皇委会关于赵明福从低自杀风险群到高自杀风险群的心理分析纯属臆测,在缺乏实质证据下归咎赵明福自我了断,这是轻浮草率的做法,违反法律实事求是的基本精神。


五位具有专业背景的皇委会成员,竟然作出如此不专业的结论,令人大失所望。实际上,对于赵明福冤案,人民心中已有一把尺,若然皇委会或政府对此案的结论严重偏离人民心里的答案,只会破坏政府机关的公信力,对政府的转型努力有弊无利。


本会促请政府严厉惩罚反贪会的最高负责人。两年前,反贪会前主席阿末赛益在警方未完成调查前已直指赵明福自杀,表示他自杀时已不受反贪会监管,反贪会无须对赵明福之死负责。皇委会报告已证明,赵明福死前仍未被反贪会释放,阿末赛益竟然在两年前明目张胆说谎,对致死赵明福毫无悔意,令人极度愤怒!我们促请政府追究阿末赛益的行政责任,并褫夺他的公务员退休金和所有福利,以示惩罚。


反贪会现任主席阿布卡欣曾致函赵明福家人,表示反贪会不会对任何涉案者妥协或给予袒护。可是造成赵明福命案的雪州反贪会副主任希山慕丁哈欣,却在阿布卡欣担任主席期间获擢升为森州反贪会主任,甚至在皇委会公布报告后,也只是被暂时停职。


这显示阿布卡欣阳奉阴违,没有认真检讨反贪会违反人权的调查手法,也没有对赵明福命案在行动上显示丝毫诚意。在他任内也发生了第二宗反贪会命案,雪州关税局助理主任阿末沙巴尼在吉隆坡反贪会总部离奇死亡。本会促请反贪会主席阿布卡欣立刻引咎辞职,以示对赵明福命案和其它滥权事件负责。若然没有人对赵明福案负责和受罚,滥权违法甚至夺取人民性命之事将不会获得正视,政府的信誉也会受损,这是得不偿失的。


本会吁请关心赵明福命案的公众,出席7月29日晚上九点正在隆雪华堂举行的“赵明福与社党六君子”烛光会,表达民间对皇委会报告书的不满,同时声援被恶法无审讯扣留的六位社会主义党干部。



林连玉基金主席

杜乾焕

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG melahirkan kekesalan tentang laporan suruhanjaya siasatan Teoh Beng Hock yang membuat kesimpulan bahawa Teoh Beng Hock “dibunuh diri”. Analisis psikologi suruhanjaya siasatan bahawa Teoh berubah daripada kumpulan risiko rendah kepada kumpulan risiko tinggi untuk membunuh diri selepas sesi soal siasat SPRM cuma suatu andaian, kesimpulan bunuh diri tersebut dibuat tanpa sebarang bukti fizikal adalah dangkal dan terburu-buru, melanggar prinsip-prinsip undang-undang yang memerlukan bukti kukuh.

Kesimpulan yang tidak professional ini dibuat oleh lima orang pesuruhjaya yang mempunyai latar belakang professional telah mengecewakan rakyat. Sebenarnya, bagi kes kematian Teoh Beng Hock, rakyat telah ada jawapan di dalam hati, jika kesimpulan suruhanjaya siasatan dan kerajaan terpesong jauh dari persepsi umum rakyat, ia hanya akan merosakkan keseluruhan integriti kerajaan, tidak memanfaatkan usaha transformasi kerajaan.

Kami menyeru kerajaan mengambil tindakan keras terhadap pimpinan tertinggi SPRM. Dua tahun yang lalu, ketua pesuruhjaya SPRM Ahmad Said mengatakan Teoh bunuh diri sebelum pihak polis meyiapkan siasatan. Dia berkata SPRM tidak perlu bertanggungjawab ke atas kematian Teoh kerana ketika itu Teoh tidak lagi di bawah jagaan SPRM. Sekarang, laporan suruhanjaya siasatan telah membuktikan, Teoh belum dibebaskan oleh SPRM pada masa kematiannya. Jelasnya Ahmad Said telah berbohong dua tahun yang lalu, dia tidak ada sedikit pun perasaan kesal terhadap kematian Teoh, ini membangkitkan kemarahan rakyat! Kami meminta kerajaan mengambil kira tanggungjawab Ahmad Said, merampaskan segala pencen dan kebajikan pejawat awamnya. Kerajaan mesti menghukum Ahmad Said.

Ketua Pesuruhjaya SPRM kini Abu Kassim pernah mengemukakan surat terbuka kepada keluarga Teoh bahawa SPRM tidak akan melindungi sesiapa yang terlibat dalam kematian Teoh. Tetapi, bekas Timbalan Pengarah SPRM Selangor Hishamuddin Hashim yang mengakibatkan kematian Teoh, telah dinaik-pangkat ke pengarah SPRM Negeri Sembilan semasa Abu Kassim memegang jawatan ketua pesuruhjaya. Hishamuddin juga hanya digantung sementara selepas laporan suruhanjaya siasatan diumumkan.

Ini menunjukkan Abu Kassim cakap tak serupa bikin, tidak benar-benar mengkaji semula kaedah-kaedah soal-siasat SPRM yang mencabuli hak asasi manusia, SPRM tidak ada sebarang tindakan boleh dikatakan ikhlas dalam tragedi Teoh. Kes kematian kedua pula terjadi dalam tempoh Abu Kassim sebagai ketua pesuruhjaya. Kami menggesa Abu Kassim segera meletakkan jawatan atas kematian Teoh dan kes-kes penyelewengan kuasa lain. Jikalau tidak ada seorang pun bertanggungjawab ke atas kematian Teoh dan dikenakan hukuman, kematian di bawah tahanan agensi kerajaan tidak akan dipandang serius, reputasi kerajaan akan dicemarkan.



Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG menyeru rakyat menghadiri upacara menyalakan lilin untuk Teoh Beng Hock dan enam tahanan ordinan darurat (EO6) pada 29 Julai 2011 (Jumaat) 9pm di Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor, supaya menunjukkan bantahan masyarakat terhadap laporan suruhanjaya siasatan dan memberi sokongan solidariti kepada enam orang aktivis Parti Sosialis Malaysia yang ditahan tanpa bicara di bawah undang-undang zalim



Dato Dr Toh Kin Woon

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG

No comments:

Post a Comment